CSR – Syarat penyertaan berkumpulan

Salam,

satu pengumuman untuk penyertaan group CSR bagi kolej/Universiti dan syarikat-syarikat korporat- anda diminta untuk meneliti dokumen -dokuman yang tertera dibawah logo kami di page ini. Sila baca dan fahamkan dan hubungi saya untuk booking date dan keterangan lanjut:
Kami terdiri dari golongan sukarelawan yang mengumpul tenaga bersama-sama untuk menabung projek pengagihan makanan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dan tidak ada bantuan dari mana-mana badan dari kerajaan mahupun pihak korporat oleh itu penyertaan group tertakluk kepada syarat berikut:

1) Surat proposal kepada Kommiti Reach Out di alamatkan kepada saya (Feexa Nicoll) bagi perletakan tarikh aktiviti (subject to approval)
2) Membuat temujanjai bagi diskusi butir lengkap tentang objektif pihak anda dan pihak kami
3) Kertaskerja yang mempunyai butir lengkap seperti:
a) Fundraising (jika perlu) atau derma dari pihak anda untuk food run/distributon pada tarikh yang dipersetujui
b) Barangan makanan basah dan kering (food pack) yang ingin didermakan kepada golongan gelandangan. (Jumlah adalah standard) – WAJIB
c) Jumlah ahli kumpulan yang menyertai program
d) Proses pembungkusan makanan (ditempat anda atau ditempat kami)
e) Objektif yang ingin dicapai melalui penyertaan projek ini.

4) Proses Pembungkusan makanan(di mana dan bagaimana)
5) Penyertaan pengagihan makanan
6) Folllow up programme (Program lanjutan) – jika ada
7) Pastikan tiada pihak media yang menyertai bagi tujuan group pubisiti untuk group yang hanya menyertai sekali sahaja (sekadar memenuhi kriteria yang diiperlukan oleh kerajaan atau kolej/universiti)
8. Walaubagaimanapun kami akan menimbangkan permintaan publisiti media bagi group yang ingin menyumbangkan dana bagi tujuan bantuan lanjutan kepada golongan gelandangan (for long term basis)
9) Pengambilan gambar dibenarkan bagi tujuan terhad atau’ internal news’ untuk kolej atau company itu sendiri. Hanya dengan persetujuan golongan gelandangan yang tersebut (tidak boleh mengambil gambar mereka sesuka hati bagi memastikan tiada violation of rights.

Oleh kerana masa adalan emas, kami ingin pastikan penyertaan group CSR sebaris dengan objektif kami iaitu menambah ‘lifespan’ dan’ value added’ kepada program kami supaya pemberian makanan sama-sama dilakukan oleh ahli-ahli masyarakat yang ingin menyertai kami. Bukan hanya sekadar keluar beramai-ramai tanpa ada tujuan tertentu dan tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku. Bukan juga untuk ala kadar setakat untuk memenuhi program CSR kolej atau syarikat anda.

1) Kami berhak untuk menolak penyertaan goup anda sekiranya ia tidak berdaftar dengan kami dan tiada rekod atau pengesahan dari mana-mana ahli lembaga pengarah
2) Kami berhak untuk menolak penyertaan group anda sekiranya anda tidak prihatin tentang regulasi dijalanan seperti membuat perkara-perkara yang kurang sopan dan sebagainya (termasuk berpegang tangan dan bercium dihadapan sukarelawan yang lain, bergaduh, memaki hamun, memandang rendah dan sebagainya
3) Kami berhak menolak penyertaan group anda sekiranya ia tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

KAMI BERTERIMAKASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA GROUP-GROUP YANG PERNAH MENYERTAI KAMI SEBELUM INI DAN PRIHATIN DALAM MENGORMATI SYARAT-SYARAT YANG TELAH KAMI TETAPKAN.

Love and Light,
Feexa Nicoll
bagi pihak ahli-ahli Lembaga Pengarah
REACH OUT MALAYSIA October 2011

(Tertakluk kepada terma dan syarat)

Advertisements
This entry was posted in info and tagged , , , by reachoutmalaysia. Bookmark the permalink.

About reachoutmalaysia

Reach Out was formed in Kuala Lumpur, Malaysia, in April, 2008. The organizations volunteers have established their unique vision to deliver this humanitarian need, incorporating its fundamental core principle, that volunteers of all races and religious partake in assisting those who at this time can not assist themselves.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s